Selamat Datang

Tujuan weblog ini diwujudkan untuk merapatkan tali silaturahim penduduk Taman Harmoni, khususnya Harmoni Bukit. Dalam masa yang sama, para penduduk di taman ini juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi semua jiran tetangga walaupun berbeza latar belakang, suku kaum, kampung halaman, agama, budaya, cara hidup dan bahasa.

Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.

Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com

Panduan Hidup Berjiran

2

Posted by harmonihill | Posted in

Salam Mesra untuk semua..

Pada umumnya manusia suka hidup berteman. Suka berteman ini umumnya didorong oleh pelbagai perkara, diantaranya kerana naluri kemanusiaan yang memerlukan hidup berkumpul. Dari hidup berkumpul inilah manusia dapat memenuhi segala hajat mereka.

Pada ketika manusia memerlukan sebuah rumah, ia tidak akan dapat dibangunkan sekiranya ianya tidak dapat dibantu tanpa manusia yang lain. Pada manusia yang berfikiran untuk mendapat keuntungan, maka sudah tentulah mereka akan sedaya upaya berusaha dengan pelbagai cara seperti berniaga, menjadi buruh dan lain-lain lagi. Akhirnya terbentuklah sebuah manusia di dalam usaha memenuhi keperluan mereka sehari-harian. Mulai dari inilah terbentuknya satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa, saling berhubungan kenal sebagai jiran tertangga.


Kehidupan berjiran bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perlu juga sesekali cara hidup berjiran ini haruslah dipelajari kerana kerap juga berlaku sebuah keluarga berperang mulut dengan keluarga yang lain, bahkan kadang-kadang ia berlaku sampai ke tahap pukul-memukul. Sepatutnya perkara ini tidak wajar terjadi sekiranya di antara mereka benar-benar memahami apa itu sebenarnya kedudukan dan faedah hidup berjiran.

Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam tidak melupakan masalah berjiran ini di dalam ajaran baginda. Ini kerana baginda menganggap ia penting sehingga terdapat dalam hadis-hadisnya yang menerangkan peraturan berjiran…

Pada suatu hari baginda datang menemui Abu Zarr yang sedang memasak kuah. Baginda bersabda kepadanya: "Hai Abu Zarr, jika kamu memasak kuah, perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tertanggamu dari masakanmu itu dengan baik"

Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: "Hai wanita-wanita Muslima! Janganlah menganggap remeh merasa rendah memberi sedekah kepada jiran kamu, walaupun, sekadar kaki kambing." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Biasanya terdapat segelintir orang yang membatalkan niatnya memberi sedekah kepada jiran kerana menganggap apa yang akan mereka berikan itu tidak ada harganya dan tidak layak. Padahal, jika kita mengikuti tuntutan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sabagaimana tersirat di dalam hadis diatas, bukanlah begitu caranya. Kita hendaklah menghargainya walaupun barang yang diberikan itu tidak seberapa harganya. Demikian juga pada jiran yang lain. Hilangkanlah prasangka-prasangka buruk yang tiada asasnya dan tidak pula ada hujung pangkalnya.

Sesungguhnya hadiah atau pemberian seseorang itu boleh menimbulkan rasa persaudaraan dan kasih sayang. Tidak mungkin seseorang akan memberi sesuatu kepada orang lain tanpa didorong seseorang mahu memberi sedekah kepada orang lain.

Dari Abi Syuraih al-Khusa'i Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan seiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam". (Riwayat Muslim)

Renung-renungkanlah bersama....

Adyra.107.harmoni11/2

Petikan dari http://pakarhowto.com/teknik/kehidupan-berjiran.html#more-1302

Raya @ Rafie & Zaid

0

Posted by harmonihill | Posted in

Raya @ Md Nor, Adyra, Wak Amin

0

Posted by harmonihill | Posted in

Luahan Hati Kecil Anak-Anak Taman Harmonihill

0

Posted by harmonihill | Posted in

Parent, coz of you we were exist……..able to see sun and moon……….

Berjln Raya @ Khusairi, Kamal, Hj Majid, Ust Hamam

0

Posted by harmonihill | Posted in

Berjln Raya @ Pn Nani, Ust Zaidi, Cikgu Din, Cikgu Bidin

2

Posted by harmonihill | Posted in

Berjln Raya@rmh Lan, Chairman & Shamsul

0

Posted by harmonihill | Posted in

Followers