Alhamdulillah, dapat kita menyambut bulan Syawal pada kali ini. Walaupun cuma seminggu lebih meninggalkan Ramadan akan tetapi terasa rindu kehilangannya. Ramadan tahun ni baru ditinggalkan dan Ramadan akan datang belum tahu rezeki kita. Masa lepas tak dapat kita ubah, sudah berlaku dan terlajak. Masa akan datang tak dapat dicapai lagi kerana masih belum kunjung tiba. Jadi sekarang, di sini dan pada saat ini adalah detik yang paling penting untuk berusaha mencari keredaan Nya kerana semalam dah terlepas dan esok tak sampai lagi untuk melipat ganda dan menyusun atur sebarang usaha.
Selamat Datang
Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.
Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.
Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.
Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com
Pada hari raya ke 5 & ke 6 yg lalu bertempat di tepi rumah Mat Noq satu program bakar-bakar telah diadakan iaitu memanggang ubi kayu dan ikan disertakan sekali dengan sambal belacan yang dinamakan ’sambal belacan ko tau tak’ hehehe………
Untuk image yg lebih jelas, sila klip pada image.
Untuk tempahan slot-slot kosong sila berhubung dengan
En Azman (0196142666) atau En Azlan (0196190765)
Kepada yang bakal balik beraya nanti, berhati hati semasa dalam perjalanan pergi dan balik. Ingat orang tersayang.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Wassalam.
Pesan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh komuniti harmoni hill.
Salam buat semua rakan-rakan setaman.
Alhamdulillah,kita masih diberikan "NAFAS" oleh Allah untuk meneruskan ibadah puasa bagi sesi 1430H ini. Sehubungan itu juga kita semua mengharapkan agar "dikurniakan nikmat dan rahmat" untuk beraidil-fitri bagi sesi 1430H ini.
Walaupun "fajar aidilfitri" belum kunjung tiba namun saya dan keluarga ingin "mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri - maaf zahir batin terhadap semua kesalahan dan kesilapan samaada secara sedar atau tidak". Semoga kita semua dikurniakan keselamatan, kesihatan dan kebaikan oleh Allah walaupun di mana jua kita berada.
Aidilfitri tahun ini jika tidak ada "aral melintang" saya akan menyambutnya di Kota Bharu, kelantan & Taiping, Perak. Saya sekeluarga akan bercuti selama seminggu dan akan bertolak pulang ke kelantan pada pagi Jumaat 18 hb. Salam buat semua.
p/s : Diminta sesiapa yang ingin balik kampung supaya dapat memaklumkan kepada balai polis Bandar Teknologi Kajang. Ini adalah bertujuan keselamatan dan rondaan serta rekod pihak berkuasa jika berlaku perkara yang tidak diingini. Harap mendapat tindakan dari rakan-rakan sekalian. Semoga kita dilindungi oleh Allah swt dari perkara-perkara kejahatan dan kecelakaan. Amin
Ikhlas dari Adyra, Farahiza & anak-anak - 107@Harmoni 11/2.
Assalamualaikum,
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh suci ini. Sudahkah kita bersedia untuk meninggalkannya?? Mungkinkah kita akan bertemu lagi dengannya?? Hanya Allah saja yang maha mengetahui.
Perlu diingat bahawa penghujung bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang sangat hebat yang mana malam tersebut adalah lebin baik dari seribu bulan iaitu MALAM LAILATUL QADAR . Oleh itu janganlah kita lepaskannya begitu saja.
Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1430 H, dengan kerendahan hati, saya sekeluarga memohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan yang dilakukan.
Wassalam
Mokh & Farah sekeluarga.
Gambar majlis sempena doa selamat dan perjumpaan KUTU untuk kaum ibu yang diadakan pada 15/08/09
Foto sumbangan dari En Azlan.
Selamat datang ke weblog Harmoni Hill Bnd Teknologi Kajang
Tujuan weblog ini diwujudkan adalah kerana untuk merapatkan silaturahim sesama kita, dapat mengenali dengan lebih dekat penduduk di taman ini dan mengeratkan hubungan sesama kejiranan tanpa menggira kaum dan agama.
Semoga dengan adanya weblog ini, secara tidak langsung kita akan lebih mengenali antara satu sama lain, lebih mesra, lebih bersatu dan lebih bertoleransi sesama kita.