Selamat Datang

Tujuan weblog ini diwujudkan untuk merapatkan tali silaturahim penduduk Taman Harmoni, khususnya Harmoni Bukit. Dalam masa yang sama, para penduduk di taman ini juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi semua jiran tetangga walaupun berbeza latar belakang, suku kaum, kampung halaman, agama, budaya, cara hidup dan bahasa.

Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.

Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com

Luahan Hati Kecil Anak-Anak Taman Harmonihill

Posted by harmonihill | Posted in

Parent, coz of you we were exist……..able to see sun and moon……….

Kenapa adik suka tinggal di Taman Harmonihill ?...kerana dia best. Kenapa Harmonihill ?. Sebab dia best. Kenapa Harmonihill ?...Sebab dia BEST…BEST…BEST. Kenapa abang tanya soalan sama ???...

Sejak pulang berhari raya dari kampung, seyuman tak lekang dari raut wajah Ibu dan Ayah. Meleret dari pagi sampai ke malam. Ada pakcik berbadan besar dan garang yang tinggal di rumah cantik jalan 11/3 tu pun sama. Dia dah jadi baik semenjak dua menjak ni. Dia bagi duit raya seringgit seorang. Bestnya. Rumah siapa Ayah dan Ibu nak pergi Serbu Raya malam ni yer… Tak sabar rasanya…

Ayah dan Ibu terima kasih kerana memberi pengalaman berhari raya di Taman Harmonihill. Akan kami simpan kenangan manis ini sampai ke akhir hayat sebagaimana Ayah dan Ibu simpan pengalaman mu semasa usia kami berhari raya di kampung dulu. Walau pun kami tidak dijirus air telaga yang sejuk sampai ke tulang sum-sum di pagi hari, tak main pelita buatan sendiri di malam tujuh likur, tak pandai buat mercun buluh sendiri dan mengegarkan satu surau kampung, tak merasa kening terbakar akibat belerang meriam buluh, tapi kami happy berhari raya di Taman Harmonihill. Kalau Ayah dulu terpaksa berjalan segenap kampung untuk tujuan yang satu tu…”Duit Raya”, tapi kami anak-anak zaman siber ni cuma sertai serbu raya kat rumah warga harmonihill….he..he…he…

Kami sangat seronok berhari raya di Taman Harmonihill. Kami juga insaf segala musibah dan bencana alam yang berlaku di negara jiran kita. Sebagai anak-anak generasi baru, kami berjanji akan menyejutkan perut Ibu yang mengandung kami sembilan bulan dan membanggakan Ayah apabila kami besar nanti.

Yang Allah Ya Tuhan Ku…. Amponilah dosa Ibu dan Ayah, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil dahulu. Kepada Tuan rumah yang sukarela di Serbu Raya, semoga dimurahkan rezeki….Amin.

Lihatlah dunia, wajah ceria kami anak-anak Taman Harmonihill. Kami anak-anak Taman Harmonihill mengucapkan Selama Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin….yeah…..!!!!!!

Teh misai kucing Cikgu D, tahun depan Serbu Raya lagi…….

Nurkilan : Teratak 21

Comments (0)

Followers