Selamat Datang

Tujuan weblog ini diwujudkan untuk merapatkan tali silaturahim penduduk Taman Harmoni, khususnya Harmoni Bukit. Dalam masa yang sama, para penduduk di taman ini juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi semua jiran tetangga walaupun berbeza latar belakang, suku kaum, kampung halaman, agama, budaya, cara hidup dan bahasa.

Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.

Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com

JEMPUTAN KE PERJUMPAAN PENUBUHAN RUKUN TETANGGA DAN KESELAMATAN

0

Posted by harmonihill | Posted in



Sekian harap maklum.

BORANG CADANGAN KAWALAN KESELAMATAN

0

Posted by harmonihill | Posted in








JEMPUTAN KE PERJUMPAAN UNTUK MEMBINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN TAMAN HARMONI

0

Posted by harmonihill | Posted in

Kepada semua penduduk Taman Harmoni (Harmoni Bukit Fasa 1 dan 2, Harmoni dan Harmoni 2), dijemput hadir ke perjumpaan tersebut seperti yang dinyatakan di bawah:

Tempat: Rumah Flat Aras Bawah (Bersebelahan Kedai Runcit dan kedai makan)
Masa : 9 malam
Hari : Ahad 25 APRIL 2010

Kehadiran para penduduk amat dialu-alukan demi kesejahteraan, keharmonian dan keselamatan anda semua.

Untuk pengetahuan para penduduk Taman Harmoni, sejak kebelakangan ini, banyak kes pecah rumah, rompak dan ragut berlaku di sekitar taman kita. Hampir 5 kes pecah rumah berlaku setiap minggu dan yang terkini adalah 2 hari lepas di rumah banglo selepas selang beberapa hari 3 buah dirompak serentak.

Saya sangat mengharapkan kerjasama anda di dalam masalah ini.

**TOLONG PANJANGKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERKENAAN

Sekian, terima kasih.

Daripada,
MOHAMMED AZLAN MIS
Pengerusi Sementara
PROTEM Taman Harmoni
22 April 2010

RAGUT- TIPS / CARA PENCEGAHAN

0

Posted by harmonihill | Posted in


  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
  • Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
  • Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
  • Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.
Sumber dari PDRM
24/02/2010

RAGUT

0

Posted by harmonihill | Posted in

Berjaga-jaga!!!
Peragut bukan hanya bermotor tetapi menaiki kereta ketika meragut.
Kejadian berlaku di jalan 11/3 didepan rumah Tuan Faizal lebih kurang 7.45am semasa masing-masing sedang sibuk bersiap-siap hendak pergi kerja. Pada masa kejadian Tuan Faizal baru keluar pergi kerja tak sampai 1 minit pun kalau ada tak tau la apa nasib peragut tu.......

Mangsa seorang perempuan cina yang sedang berjogging berseorangan ( terpisah dari kumpulannya)..ada sebuah kereta myvi warna cream kuning yang berhenti kat aso tadi konon-konon bertanyakan jalan...rupanya dia meragut rantai aso tadi..aso cuba melawan tetapi dipukul oleh lelaki tadi...peragut-peragut itu orang melayu muda-muda ..dalam 20-an...

Oleh itu dalam apa juga keadaan sentiasa berhati-hati dek kata pepatah berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena.

Wassalam.
23/02/2010

Mesyuarat Majlis Berkampung Di Rumah Abg Abu

0

Posted by harmonihill | Posted in

Orang kata gambar dapat berbicara seribu bahasa….nampak serius



Tersebutlah al kisah an evening di rumah abg abu, meeting pembentukan committee
bagi majlis berkampung sempena perkahwinan anak abang Abu. Alah macam nak buat kenduri
kahwin kat kampung dulu tu.

Tema bergotong-royong, ada kena buat tu dan ada kena buat ni ala-ala melayu zaman purba gitu. Banyak kenangan menarik dah muncul ni. Memang best gila
Kaum ibu dengan mami jarumnya, kaum bapa pamer kehebatan pisau tajamnya semasa kerjakan daging kerbau, budak muda mestilah jadi penanggahnya, pakar rewangnya, cuci pinggan, tapi apa yang penting ada ramai awek.

Zaman sekarang susah nak dapat kenangan macam ni.....
Terima kasih abang Abu. Apa yang pasti, memang menarik, jadi TUNGGU…....

Sekian,

MD.....

MESYUARAT/BERKAMPUNG UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

0

Posted by harmonihill | Posted in

Assalammualaikum,

Dengan sukacitanya saya Abu Hassan Bin Mohd Som dialamat No 75, Jln Harmoni 11/3
menjemput semua sahabat-sahabat ke mesyuarat atau majlis berkampung sempena perkahwinan anak saya yang bakal diadakan insyaallah pada bulan februari ini.

Sidang ini akan berlangsung pada :-

Tarikh: 23 Januari 2010
Masa: Sabtu, Selepas solat Isyak
Tempat: No 75 Jln Harmoni 11/3

Di jemput semua dapat hadir pada hari yang ditetapkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Amin....

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ditalian 012-6374631.

Wassalam.

Beras kunyit saya taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan saya setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Abu Hassan B Mohd Som
No 75 Jln 11/3

Followers