Selamat Datang

Tujuan weblog ini diwujudkan untuk merapatkan tali silaturahim penduduk Taman Harmoni, khususnya Harmoni Bukit. Dalam masa yang sama, para penduduk di taman ini juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi semua jiran tetangga walaupun berbeza latar belakang, suku kaum, kampung halaman, agama, budaya, cara hidup dan bahasa.

Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.

Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com

IDULFITRI 1430H

Posted by harmonihill | Posted in


Assalamualaikum
,

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh suci ini. Sudahkah kita bersedia untuk meninggalkannya?? Mungkinkah kita akan bertemu lagi dengannya?? Hanya Allah saja yang maha mengetahui.

Perlu diingat bahawa penghujung bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang sangat hebat yang mana malam tersebut adalah lebin baik dari seribu bulan iaitu MALAM LAILATUL QADAR . Oleh itu janganlah kita lepaskannya begitu saja.

Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1430 H, dengan kerendahan hati, saya sekeluarga memohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan yang dilakukan.

Wassalam

Mokh & Farah sekeluarga.


Comments (0)

Followers