Selamat Datang

Tujuan weblog ini diwujudkan untuk merapatkan tali silaturahim penduduk Taman Harmoni, khususnya Harmoni Bukit. Dalam masa yang sama, para penduduk di taman ini juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi semua jiran tetangga walaupun berbeza latar belakang, suku kaum, kampung halaman, agama, budaya, cara hidup dan bahasa.

Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.

Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com

KISAH BENAR………”kau tau tak”!!!!!!!!!!!

Posted by harmonihill | Posted in

Pada hari raya ke 5 & ke 6 yg lalu bertempat di tepi rumah Mat Noq satu program bakar-bakar telah diadakan iaitu memanggang ubi kayu dan ikan disertakan sekali dengan sambal belacan yang dinamakan ’sambal belacan ko tau tak’ hehehe………

Antara yang ada pada malam tu.. ialah Mat Noq, Mokh, Kamal, Jammy, Hadi dan Lan.

href="http://3.bp.blogspot.com/_sbWvWjWYBzE/SsJAWwDrCYI/AAAAAAAAADk/dm6fsufilb8/s1600-h/DSCN0199.JPG">

Mat Noq sedang mengambil gambar…….


Bekerjasama menyiang ikan cencaru…….koboi pun pekena sambal belacan…….


Apa tengok2…….nak mai sini laa…tengah bagi CPU kat ikan (CPR Lan jgn mare aaaaa.....)…hehehe……


Sedang memangang ikan…..emmm……..


Fuhh!!! Sedapnya………..dicecah pulak dengan…………


kuah asam dan kicap……….terliur dibuatnya…peeehhhhh….dan buktinya…..


sampai hingus pun meleleh hahahaha………Cikgu Din jelous gila……..


Menu yang ada pada malam itu……….







Comments (0)

Followers