Selamat Datang

Tujuan weblog ini diwujudkan untuk merapatkan tali silaturahim penduduk Taman Harmoni, khususnya Harmoni Bukit. Dalam masa yang sama, para penduduk di taman ini juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi semua jiran tetangga walaupun berbeza latar belakang, suku kaum, kampung halaman, agama, budaya, cara hidup dan bahasa.

Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.

Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com

SELAMAT DATANG

Posted by harmonihill | Posted in

Selamat datang ke weblog Harmoni Hill Bnd Teknologi Kajang

Tujuan weblog ini diwujudkan adalah kerana untuk merapatkan silaturahim sesama kita, dapat mengenali dengan lebih dekat penduduk di taman ini dan mengeratkan hubungan sesama kejiranan tanpa menggira kaum dan agama.

Semoga dengan adanya weblog ini, secara tidak langsung kita akan lebih mengenali antara satu sama lain, lebih mesra, lebih bersatu dan lebih bertoleransi sesama kita.

Weblog ini menyediakan alternatif kepada kita di dalam menyalurkan pendapat, pandangan, cadangan dan idea yang membangun untuk kemudahan semua. Laman ini juga akan menyiarkan berita-berita terkini yang melibatkan sebarang aktiviti di taman kita ini. Sila lawati laman ini lebih kerap untuk mengetahui berita terkini.

Sila JOIN dan SIGN-IN untuk membuat sebarang komen.

Sebarang komen, cadangan, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke harmonihillv1@gmail.com

Sekian

Wassalam.


Comments (2)

Salam Ukhwah!
Dah lama saya tunggu. Ahkirnya beroperasi juga. Saya amat gembira sekali dengan wujudnya blog ini. Semoga ia menjadi satu jambatan penghubung antara kita sesama penduduk Taman Harmoni. Tahniah kepada sdr. Mokh, Adyra dan semua yang menjayakannya. Wassalam.

Alhamdulillah ,jika ada apa2 maklumat tentang taman kita atau hendak berkongsi pendapat,cerita atau apa2 saja boleh la di email kan ke harmonihillv1@gmail.com.

Wassalam.

Followers