Selamat Datang

Tujuan weblog ini diwujudkan untuk merapatkan tali silaturahim penduduk Taman Harmoni, khususnya Harmoni Bukit. Dalam masa yang sama, para penduduk di taman ini juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi semua jiran tetangga walaupun berbeza latar belakang, suku kaum, kampung halaman, agama, budaya, cara hidup dan bahasa.

Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.

Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com

Salam aidilfitri

Posted by Harmoni | Posted in

Salam buat semua rakan-rakan setaman.

Alhamdulillah,kita masih diberikan "NAFAS" oleh Allah untuk meneruskan ibadah puasa bagi sesi 1430H ini. Sehubungan itu juga kita semua mengharapkan agar "dikurniakan nikmat dan rahmat" untuk beraidil-fitri bagi sesi 1430H ini.


Walaupun "fajar aidilfitri" belum kunjung tiba namun saya dan keluarga ingin "mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri - maaf zahir batin terhadap semua kesalahan dan kesilapan samaada secara sedar atau tidak". Semoga kita semua dikurniakan keselamatan, kesihatan dan kebaikan oleh Allah walaupun di mana jua kita berada.

Aidilfitri tahun ini jika tidak ada "aral melintang" saya akan menyambutnya di Kota Bharu, kelantan & Taiping, Perak. Saya sekeluarga akan bercuti selama seminggu dan akan bertolak pulang ke kelantan pada pagi Jumaat 18 hb. Salam buat semua.

p/s : Diminta sesiapa yang ingin balik kampung supaya dapat memaklumkan kepada balai polis Bandar Teknologi Kajang. Ini adalah bertujuan keselamatan dan rondaan serta rekod pihak berkuasa jika berlaku perkara yang tidak diingini. Harap mendapat tindakan dari rakan-rakan sekalian. Semoga kita dilindungi oleh Allah swt dari perkara-perkara kejahatan dan kecelakaan. Amin

Ikhlas dari Adyra, Farahiza & anak-anak - 107@Harmoni 11/2.

Comments (0)

Followers