Selamat Datang

Tujuan weblog ini diwujudkan untuk merapatkan tali silaturahim penduduk Taman Harmoni, khususnya Harmoni Bukit. Dalam masa yang sama, para penduduk di taman ini juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi semua jiran tetangga walaupun berbeza latar belakang, suku kaum, kampung halaman, agama, budaya, cara hidup dan bahasa.

Oleh yang demikian, dengan terbinanya weblog ini, semua penduduk di taman Harmoni dapat berbincang, berkongsi maklumat (terutamanya perkembangan semasa di taman) dan sebagainya. Diharap penduduk taman Harmoni tidak menyalahgunakan weblog ini untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Semua maklumat yang disampaikan oleh semua hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Semoga weblog ini menjadi tapak yang berguna dan sentiasa menjadi pilihan memandangkan semua penduduk sangat sibuk dengan keperluan keluarga, kerja dan sebagainya.

Semoga weblog ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Sebarang komen, cadangan, pendapat, berita, gambar ataupun maklumat boleh dihantarkan ke: harmonihillv1.komuniti@blogger.com

Berjalan Raya @Taman Harmoni Hill - "Serbu Raya"

Posted by harmonihill | Posted in

Alhamdulillah, dapat kita menyambut bulan Syawal pada kali ini. Walaupun cuma seminggu lebih meninggalkan Ramadan akan tetapi terasa rindu kehilangannya. Ramadan tahun ni baru ditinggalkan dan Ramadan akan datang belum tahu rezeki kita. Masa lepas tak dapat kita ubah, sudah berlaku dan terlajak. Masa akan datang tak dapat dicapai lagi kerana masih belum kunjung tiba. Jadi sekarang, di sini dan pada saat ini adalah detik yang paling penting untuk berusaha mencari keredaan Nya kerana semalam dah terlepas dan esok tak sampai lagi untuk melipat ganda dan menyusun atur sebarang usaha.

Alhamdulillah, semua penghuni Taman Harmoni Hill telah selamat tiba daripada kampung halaman untuk meneruskan perjalanan hidup yang singkat ini dan mencari rezeki yang maha banyak disediakan olehNya tak termampu dihabiskan oleh makhluk ciptaannya.

Teringat kisah khalifah alrashidin, tiga hari tak ada orang datang berkunjung kat rumah baginda, punyalah risau. lagak macam orang baru nak belajar hidup selepas bercerai kasih,punyalah resah. Pesan ustaz pagi-pagi kat radio masa memandu nak ke tempat kerja "Tetamu bertandang membawa rezeki, tetamu pulang menyucikan dosa tuan rumah.Kalau kita mengiratkan silaturahim dapat ganjaran murah rezeki dan panjang umur". Wow, besar ganjarannya, sediakan bee hoon goreng dengan sirap bujang yer dah dapat murah rezeki, panjang umur dan suci dosa. Kalau ada sediakan kambing bakar lagilah afdal kot.

Serbu Raya tahun lepas masih lekat di memori. Hilai tawa dan gurau senda kita semua masih sayup-sayup kedengaran di telinga. Terasa nikmat seperti satu keluarga. Dek kerana mesra ada lah yang terbabas laku dan sumbang bahasa tanpa disedari. Ini memang lumrah manusia. hidung masing-masing berbeza, ada yang tegak, merendang mahupun melata tapi fungsi utamanya adalah sama. Kita adalah sama tetapi tak serupa. nah, hari raya adalah jawapannya. maaf memaafi antara kita.

Garam yang masin, cili yang pedas dan belacan yang busuk berkerjasama di dalam lesong tumbuk dan ditambah dengan ikan masin goreng yang hodoh, kalau berjumpa di dalam pingan tak nampak mertua lalu dibelakang semasa menikmatinya



Nurkilan : Teratak No 21 11/4

Comments (1)

as-salam..terima kasih kepada puan di no.21..satu pandangan yang wajar dilihat daripada sudut positif oleh kaum2 bapa di HH ni walaupun sekarang saya dah jadi "BUJANG SEMULA"..jemput ke rumah terbuka dan hari lahir anak saya pada sabtu 3/10/09 jam 12pm - 6pm - NO.32A JLN 11/3

Followers